Tuesday 28 March 2017

7 LANGKAH SEDIAKAN BAHULU KEMBOJA YANG LEMAK DAN MANIS.

Assalamualaikum wrt wbt dan selamat sejahtera semua sahabat Nurulsham,

Hari ni Nurulsham nak share satu lagi resepi orang lama yang jarang-jarang kita jumpa, iaitu bahulu kemboja. Oleh kerana Nurulsham pernah berniaga bahulu, ada juga sesekali pembeli meminta Nurulsham buatkan bahulu kemboja ni.

Tok Anum, emak Nurulsham suka sangat makan bahulu ni. Sebab teksturnya sangat lembut dan berkerak di luar, manis dan lemak-lemak pula.

Oklah, habis dah bercerita...  Jom kita sediakan bahan-bahannya;


  1. 2 cawan santan
  2. 1 cawan gula
  3. 1 cawan telur
  4. 1 cawan tepung gandum
  5. 1 sudu besar tepung beras
  6. 5 helai daun pandan 
  7. Sedikit garam
  8. Bijan secukupnya

Cara-caranya;-

1.  Ikat daun pandan dan tumbuk sehingga lumat. Daun pandan ini jangan dipotong sebelum ditumbuk kerana ini akan menyebabkan ia berkecai sewaktu diperah. Kemudian rendam daun pandan yang telah lumat tadi dalam santan.  Gaul-gaulkan sehingga santan bertukar menjadi warna hijau. Tapis keluar hampas daun pandan sehingga kita mendapat cecair santan yang berwarna hijau.

perah santan

2.  Masukkan santan hijau, tepung beras dan tepung gandum, gula, telur dan garam ke dalam besen dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.

campur adunan


3.  Tapis adunan anda supaya tidak berketul.


tapis adunan

4.  Panaskan acuan bahulu kemboja dan oles minyak supaya bahulu kemboja tidak lekat di acuan dan supaya bahulu itu garing di bahagian bawah.

acuan dipanaskan

5.  Apabila minyak dan acuan cukup panas, tuangkan adunan tadi sehingga separuh atau tiga suku acuan. Perhatikan bahagian tepi adunan menggelegak terkena minyak dan berbau harum.

tuang adunan dalam acuan yang panas


6.  Taburkan bijan secukupnya. Perhatikan Nurulsham dan terlebih pula masukkan adunan tadi. Anda tolong kurangkan ya, setakat tiga suku acuan sudah memadai.
tabur bijan atas adunan


7.  Bakar adunan dalam oven pada suhu 250 darjah celsius selama 30 hingga 40 minit atau hingga bahulu nampak perang di bahagian atas.

Sejukkan, potong dan hidang.


bakar dalam oven suhu 250 darjah





Selamat mencuba!


Dapatkan novel-novel Nurulsham di pasaran. Bye!

2 comments:

  1. Sedapnya.dah lama tak makan.. blog saya http://cararesepi.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap... blog awak pun banyak resepi yang best2. Saya tak sempat buat lagi..huhu

      Delete