|
Halua kelapa |
Lebihan kelapa dari projek buat
agar-agar kering ala candy berherba Nurulsham buat pula halua kelapa. Anda tentu biasa dengar halua pala kan? Halua pala biasanya dijual di kedai tetapi tidak pula bagi halua kelapa. Halua kelapa ini biasanya ada dalam perayaan untuk dijadikan inti kuih atau dimakan sebegitu sahaja.
Hari ini jom kita buat halua kelapa warisan zaman berzaman ini. Rasanya manis dan lemak serta tahan lama kerana gula bertindak sebagai bahan pengawet pada hidangan ini.
|
halua pala |
Baik, jom kita lihat bahan-bahannya.
- Isi dari sebiji kelapa
- Gula batu 1/2 cawan
- Gula pasir 1 cawan
- Air 1 cawan
Cara-caranya:
|
1. Kopek isi kelapa sehingga tinggal kulit arinya sahaja |
|
2. Hiris keluar kulit ari kelapa |
|
Kelapa yang telah dibuang kulit ari dan dibersihkan |
|
3. Parut isi kelapa |
|
Cantik kan isi kelapa yang telah siap diparut. Nampak
putih dan bersih. |
|
3.1. Isi kelapa yang lebih kecil dan tidak dapat diparut
bolehlah dipotong nipis-nipis |
|
4. Masak gula pasir, gula batu bersama air sehingga membuak |
|
5. Masukkan kelapa yang telah diparut/hiris nipis tadi |
|
6. Perlahankan api, Kacau hingga air gula menjadi kering
seperti menyira kuih keria |
|
7. Setelah gula kering, letak halua anda di atas talam supaya
cepat sejuk |
|
Halua kelapa anda siap untuk dihidangkan. |
Selamat mencuba!
Memang terbaik..lama dah tak makan...terliur.blog saya http://cararesepi.blogspot.my/
ReplyDelete